Apa Dia Unit Amanah
Skim unit amanah atau “unit trust scheme – UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.
Kebaikan Pelaburan Unit Amanah
Kepelbagaian
Mempelbagaikan pelaburan dalam pelbagai kelas aset dan sektor-sektor yang berbeza akan mengurangkan risiko pelaburan. Tetapi untuk mempelbagaikan pelaburan, ia memerlukan jumlah wang yang besar dan banyak. Pelaburan melalui tabung unit amanah membantu mengurangkan risiko pelaburan individu kerana ia memberi peluang kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur dengan modal yang kecil. Pelaburan ini dikumpulkan dan kemudiannya dilaburkan oleh pengurus dana dalam saham atau sekuriti yang dibenarkan bagi pihak pelabur. Dengan kepelbagaian pelaburan, risiko pelaburan dapat disebarkan.
Berpeluang mendapat khidmat pengurus profesional yang selalunya tidak dapat dinikmati oleh pelabur individu yang melabur dengan modal yang kecil atau sekiranya pelabur melabur dalam simpanan deposit tetap atau dalam pasaran saham secara langsung.
Pentadbiran jual, beli dan pegangan pelaburan dalam unit amanah adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan pegangan portfolio pelaburan dalam pasaran modal yang dibuat secara langsung oleh pelabur.
Pelabur boleh menjual balik sebahagian atau semua unit amanah mereka pada bila-bila masa dalam waktu perniagaan.
Pelabur hanya memerlukan modal yang kecil untuk menyertai portfolio pelaburan yang diuruskan oleh pengurus profesional dan menikmati faedah yang sama dengan mereka yang melabur dalam sekuriti berharga tinggi. Pada masa yang sama, pelabur unit amanah dapat menikmati pulangan daripada portfolio pelaburan berbanding dengan jumlah sekuriti yang sedikit sekiranya mereka melabur terus dalam pasaran saham
Bagaimana Perjalanan Pelaburan Unit Amanah
Gambar rajah di atas menunjukkan hubungan-hubungan banyak pihak dalam bentuk pelaburan unit amanah. Oleh kerana terdapat banyak pihak yang berkepentingan kepada urusan pelaburan unit amanah, ia menjadikan sistem pelaburan unit amanah sangat telus dan menjaga kepentingan semua pihak terutama dari pelabur. Semua mereka yang terlibat sangat berpengalaman dan profesional. Mereka terikat dengan undang-undang yang ketat untuk memastikan ketelusan dan kecekapan yang tinggi pada setiap masa. Oleh itu pelaburan unit amanah tidak memerlukan kemahiran yang tinggi kerana pihak Pengurus Pelaburan dana unit amanah biasanya sangat mahir dan berpengalaman dan bab pelaburan. Mereka terikat dengan propektus dana yang sudah menetapkan sifat-sifat dan strategi sesuatu dana.
No comments:
Post a Comment