UNIT AMANAH ADA PELBAGAI KATEGORI


Selain membuat pelaburan dalam pasaran saham, unit amanah juga membeli bon, yang dikenali sebagai sukuk bagi bon patuh Shariah atau membuat pelaburan dalam money market.
Berikut ialah keterangan lanjut tentang jenis-jenis unit amanah.

1. Unit Amanah Kategori Ekuiti

Unit Amanah yang majoriti pelaburannya dalam pasaran saham disebut unit amanah jenis ekuiti.
Kemudiannya ada yang fokus dalam pelaburan untuk syarikat-syarikat bluechip yang juga dikenali sebagai big-cap fund.
Sebahagiannya fokus kepada pelaburan untuk syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana (small to medium cap). Definisi umum syarikat-syarikat bersaiz small to medium cap ini syarikat yang bersaiz (market capitalization) lebih dari RM 200 juta tetapi kurang dari RM 2 bilion.
Unit amanah juga dibenarkan membuat dana yang khusus melabur di luar negara seperti China, Jepun, Asia Pasific dan lain-lain.
Lazimnya pelaburan dalam unit amanah jenis ekuiti berpotensi memberikan pulangan pelaburan yang paling tinggi dibandingkan dengan kategori unit amanah yang lain.
Pelabur unit amanah ekuiti mestilah bersedia mengambil lebih risiko, mempunyai risk profile yang agresif dan sanggup menghadapi volatility pasaran.
Potensi pengagihan dividen adalah diantara 8 ~ 12% untuk purata tempoh jangka panjang

2. Unit Trust Jenis Bon / Sukuk

Bon atau bon patuh Shariah (sukuk) ialah satu instrumen kewangan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau syarikat.
Pemegang bon beri duit kepada syarikat / kerajaan yang mengeluarkan bon tersebut dalam bentuk 'hutang'. Maka 'hutang' itu pun dibayar balik ikut jadual yang tetap.
Tujuan penerbitan bon adalah sama dengan penerbitan saham iaitu bertujuan untuk mendapatkan modal. Perbezaannya pemegang saham tidak mendapat apa-apa jaminan pendapatan. Manakala pemegang bon pula mendapat pendapatan tetap.
Pelabur unit trust fixed income kebiasaannya adalah individu risk profile dari sederhana ke rendah.
Potensi pengagihan dividen adalah diantara 7 ~ 8% untuk purata tempoh jangka panjang

3. Unit Amanah Jenis 'Balanced'

Unit amanah ini adalah gabungan antara ekuiti + fixed income.
Maksudnya, sebahagian modal berpeluang mendapat pulangan dari ekuiti dan sebahagian modal pula mendapat pulangan dari bon / sukuk.
Pelabur unit trust balanced kebiasaannya adalah individu yang mempunyai risk profile yang sederhana.

Potensi pengagihan dividen adalah diantara 7 ~ 8% untuk purata tempoh jangka panjang

4. Unit Amanah Jenis Money Market

Money market adalah instrumen kewangan jangka masa pendek.
Unit amanah money market yang Shariah compliant membuat placement antaranya menerusi:
  • Commodity murabahah (tawarruq)
  • Mudarabah Investment Account
  • Wakalah Investment
  • al-Mudarabah Interbank Investment
  • Government Investment Issue
  • Cagamas Mudarabah Bonds
  • Islamic Accepted Bills
Antara kelebihan money market fund ialah risiko yang sangat rendah, berpotensi memperoleh return lebih tinggi dari Fixed Deposit yang ditawarkan bank, pembayaran keuntungan secara bulanan dan tax free.
Potensi pengagihan dividen adalah diantara 3 ~ 4% setahun akan tetapi dikreditkan setiap bulan ke dalam akaun

No comments:

Post a Comment