GOLONGAN TIDAK MELAKUKAN PERANCANGAN KEWANGAN

Mereka yang tidak melakukan perancangan adalah:
A : Wang KWSP saya akan mencukupi.
B : Berapa total KWSP anda sekarang? Pihak KWSP sendiri telah mengeluarkan kenyataan mengikut kajian melalui fakta yang KWSP tidak mencukupi untuk wang persaraan.

A : Anak-anak  akan menjaga saya.
B : Tanya diri sendiri, andakah anda memang setiap bulan memberikan secara konsisten ibubapa anda wang? Jika dah tua besok, adakah anda yakin anak-anak akan menjaga anda dengan memberikan wang setiap bulan?

Saya akan bermula menyimpan di kemudian hari.
Masih terlalu awal untuk mula menyimpan.
Saya berasa sukar untuk menyimpan duit.
Saya mahu berhibur dulu.
Saya masih menanggung bil dan hutang..


Disebabkan pemikiran ini, ramai warga emas tidak mampu menanggung kos kehidupan selepas bersara.
Wang simpanan persaraan sepatutnya ditingkatkan bagi tempoh tertentu untuk menampung kos kehidupan dan cara hidup pesara tanpa perlu bergantung kepada orang lain
Jumlah yang diperlu disimpan adalah perkara subjektif kerana bergantung kepada cara kehidupan seseorang. Janji anda bertindak, daripada "zero" langsung sampai ke sudah.
Kaedah mempelbagaikan wang simpanan merupakan kunci utama dalam simpanan persaraan.





No comments:

Post a Comment