Pelaburan unit amanah adalah antara jenis pelaburan yang mampu memberi pulangan atau keuntungan yang tinggi iaitu antara 8% hingga 12% setahun secara purata dalam tempoh 10 tahun. Adakah ini bermakna setiap tahun anda akan dapat pulangan 8% - 12%? Tidak.
Konsep keuntungan Unit Amanah
Konsep keuntungan yang digunakan dalam pelaburan unit amanah adalah dengan mengambil kira purata pulangan untuk sekurang-kurangnya 10 tahun. Bagaimana?
Contoh :
Tahun 1 : 8%
Tahun 2 : 19%
Tahun 3 : 3%
Tahun 4 : 15%
Tahun 5 : 12%
Tahun 6 : 7%
Tahun 7 : 11%
Tahun 8 : 18%
Tahun 9 : 5%
Tahun 10 : 10%
Secara puratanya (8+19+3+15+12+7+11+18+5+10)/10, anda akan dapat pulangan 10.8% setahun. Sekarang anda sudah faham? Sebab itu pelaburan unit amanah adalah satu bentuk pelaburan jangka masa panjang sekurang-kurangnya 10 tahun.
Kenapa sehingga 10 tahun?
Prestasi pelaburan unit amanah anda adalah berasaskan prestasi saham syarikat di Malaysia. Jika kebanyakan syarikat yang anda laburkan menunjukkan prestasi yang bagus pada tahun tersebut, pulangan pelaburan anda juga akan meningkat dengan baik.
Prestasi sebuah syarikat berkait rapat dengan keadaan ekonomi semasa di negara kita. Jika ekonomi tidak baik, prestasi syarikat mungkin akan menurun dan pelaburan anda tidak akan memberi pulangan yang baik. (pulangan anda mungkin jadi negatif)
Oleh sebab itu, 10 tahun adalah tempoh masa yang sesuai kerana anda berpeluang melabur ketika ekonomi sedang naik atau ekonomi sedang jatuh.
Apa yang perlu anda buat ketika ekonomi jatuh?
Ketika ekonomi tidak baik atau sedang jatuh, nilai kebanyakan saham juga akan turun. Ketika ini, jika anda jual unit saham tersebut mungkin anda akan mengalami kerugian kerana anda beli pada harga yang lebih tinggi dan jual pada harga yang lebih rendah.
Oleh itu, apa yang perlu anda buat adalah dengan menambah pelaburan anda kerana harga bagi seunit saham sedang murah. Ini adalah masa terbaik untuk anda beli dengan banyak kerana harganya yang murah.
Beli ketika harga murah dan jual ketika harga mahal
Walaupun jangkaan pulangan dalam pelaburan unit amanah adalah antara 8%-12%, namun tiada jaminan pulangan yang tetap dalam pelaburan ini. Dalam konteks pelaburan yang berasaskan Shariah, tiada jaminan pulangan dan pada masa yang sama anda juga terdedah dengan risiko kerugian.
Dalam kes Akaun Shariah KWSP, perkara yang sama juga terpakai iaitu tiada jaminan pulangan.
Dana
Dalam pelaburan unit amanah, terdapat beberapa dana atau tabung pelaburan yang diurus oleh pengurus pelaburan (Unit Trust Management Company) seperti Public Mutual yang berpengalaman untuk menguruskan duit pelaburan kita. Dana-dana tersebut terdiri daripada dana yang berisiko rendah, sederhana dan tinggi. Semakin tinggi risiko dana tersebut, semakin tinggi pulangan yang anda boleh terima. Begitu juga sebaliknya.
No comments:
Post a Comment